Seorang lelaki telah ditahan polis kerana mencuri lebih 2, 000 pasang pakaian dalam wanita, yang ditemui staf penyenggalaraan tersimpan dalam siling di atas beberapa pintu keluar kecemasan di sebuah bangunan di bandar Yulin.
Lelaki itu, diberi nama Tang dan berusia 30-an, tinggal di bangunan itu dan menggunakan kunci induk untuk membuka pintu 750 isirumah di kawasan itu. Dia kemudian menyelinap masuk untuk mencuri pakaian dalam, lapor iFeng.
Polis turut melaporkan yang Tang telah mencuri pakaian dalam di bangunan sebelah rumahnya.
Tang telah mengaku yang dia mempunyai penyakit mental sejak kanak-kanak, dan tidak ingat bila obsesinya terhadap pakaian dalam wanita bermula.