Seorang wanita yang menamakan dirinya Ain memberitahu melalui Facebook, yang wangnya berjumlah RM 2,000.00 lesap dilarikan dua gadis selepas dia terlupa mengeluarkan kad ATM sebaik saja selesai mendaftarkan nombor telefon bimbitnya di ATM tersebut.
Perbezaan di sini ialah, apa yang dilakukan oleh wanita tersebut ialah kesilapan yang tidak disengajakan, manakala apa yang dilakukan oleh dua gadis tersebut ialah kejahatan yang dilakukan dengan ‘sengaja’. Dua gadis tersebut kelihatan gembira meraih peluang keemasan di depan mata walaupun tahu yang mereka tidak berhak terhadap wang tersebut.
Apa pendapat anda?