(3 GAMBAR)Kek Bawal Exclusive Ini Berharga RM 15,900

Trending

(3 GAMBAR)Kek Bawal Exclusive Ini Berharga RM 15,900

Sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa Mohd Noor mendedahkan melalui akaun Instagramnya bahawa kek yang dihadiahkan oleh kawan-kawannya bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke-26 berharga RM 6,000. Kek itu sarat bertatahkan batu Swarovski.

Bagaimanapun, hujung minggu lepas satu kek lagi didedahkan mempunyai nilai RM 15,900 yang dibuat oleh Anne Idris untuk Bawal Exclusive.

Advertisement

13120870_10153611395208404_828678259_o

Menurut Anne, dia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan kek ini. Satu figura ikan bawal dibuat dari gula diletakkan sebagai simbolik tudung bawal eksklusif di atas kek tersebut.

13148358_10153611298393404_1277176370_o

Baginya, kek ini ialah yang palig mencabar untuk dihasilkan. Batu Swarovski autentik ini disediakan oleh pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri. Kek ini dihasilkan untuk perasmian Crystal Lounge, butik Bawal Exclusive di Wisma Bawal, Bandar Baru Puchong, Selangor.

bawal

Menurut Anne lagi dia dipilih oleh Haliza untuk menghasilkan kek ini setelah kek busana Barbie Mariposa  perkahwinan pelakon Anzalna yang dihasilkannya menjadi viral di media sosial :

Bukan calang-calang orang boleh siapkan dari segi mental dan kreativiti. Saya hampir mengalah tetapi Haliza beri semangat kerana yakin saya boleh lakukannya.

Terdapat ribuan batu Svarovski empat saiz digunakan untuk menghias kek American Chocolate ini. Haliza telah berbesar hati untuk menghadiahkan tudung Bawal Exclusive bernilai RM 2,000 kepada individu yang dapat meneka berapa butir batu Swarovski yang digunakan untuk menghasilkan kek ini.


Untuk berbuat demikian, sila ke Instagram @BawalExclusive . Sekiranya berminat untuk menempah sebarang jenis kek, sila ke Instagram Anne Idris di @mymumsbakery.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. careact

    May 4, 2016 at 8:50 am

    Pastu blh mkn ke batu Svarovski ni? Adalah faedahnye kalo kome guna air gula utk buat hiasan seakan batu Svarovski ni…at least blh mkn….kalo dah kaya sgt and x tau nak buat ape dgn duit tu baik kome bg batu Svarovski tu kat guest2 yg dtg…or buat cabutan bertuah ke….lg meriah….

  2. nonnonanon

    May 4, 2016 at 8:44 am

    Bile dah mkn nnt berak tu pun jd sama mahal kot….