Sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa Mohd Noor mendedahkan melalui akaun Instagramnya bahawa kek yang dihadiahkan oleh kawan-kawannya bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke-26 berharga RM 6,000. Kek itu sarat bertatahkan batu Swarovski.
Bagaimanapun, hujung minggu lepas satu kek lagi didedahkan mempunyai nilai RM 15,900 yang dibuat oleh Anne Idris untuk Bawal Exclusive.
Menurut Anne, dia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan kek ini. Satu figura ikan bawal dibuat dari gula diletakkan sebagai simbolik tudung bawal eksklusif di atas kek tersebut.
Baginya, kek ini ialah yang palig mencabar untuk dihasilkan. Batu Swarovski autentik ini disediakan oleh pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri. Kek ini dihasilkan untuk perasmian Crystal Lounge, butik Bawal Exclusive di Wisma Bawal, Bandar Baru Puchong, Selangor.
Menurut Anne lagi dia dipilih oleh Haliza untuk menghasilkan kek ini setelah kek busana Barbie Mariposa perkahwinan pelakon Anzalna yang dihasilkannya menjadi viral di media sosial :
Bukan calang-calang orang boleh siapkan dari segi mental dan kreativiti. Saya hampir mengalah tetapi Haliza beri semangat kerana yakin saya boleh lakukannya.
Terdapat ribuan batu Svarovski empat saiz digunakan untuk menghias kek American Chocolate ini. Haliza telah berbesar hati untuk menghadiahkan tudung Bawal Exclusive bernilai RM 2,000 kepada individu yang dapat meneka berapa butir batu Swarovski yang digunakan untuk menghasilkan kek ini.
Untuk berbuat demikian, sila ke Instagram @BawalExclusive . Sekiranya berminat untuk menempah sebarang jenis kek, sila ke Instagram Anne Idris di @mymumsbakery.