(3 GAMBAR)Dubai Terlalu Kaya, Hadiahkan 2 Gram Emas Untuk Setiap Kg Berat Yang Dihilangkan Oleh Penduduk

Trending

(3 GAMBAR)Dubai Terlalu Kaya, Hadiahkan 2 Gram Emas Untuk Setiap Kg Berat Yang Dihilangkan Oleh Penduduk

Satu pertandingan mengurangkan berat badan telah diadakan di Dubai menjanjikan semua peserta dua gram emas bagi setiap kilogram berat badan yang berjaya dihilangkan. Inisiatif itu dipanggil ‘Your Child in Gold’ dan merupakan kesinambungan bagi program ‘Your Weight in Gold’ yang dianjurkan olah Perbandaran Dubai. Lebih 7, 500 orang pemenang diisytiharkan tahun ini, dan secara terkumpul sebanyak 40kg emas telah diedarkan. Ia bernilai hampir RM 4 juta.

Your-Child-in-Gold-contest-550x366 Your-Child-in-Gold-contest2-550x365

Advertisement

Menurut laman web Perbandaran Dubai:

Tahun ini keutamaan akan diberikan kepada keluarga. Mereka akan menerima ganjaran dua kali ganda dari peserta yang masuk secara individu jika menyertai pertandingan ini bersama ahli keluarga. Setiap keluarga dibenarkan untuk bertanding dengan dua orang anak yang berusia 14 tahun ke bawah.

Keluarga yang menyertai pertandingan dengan anak diberi peluang untuk memenangi dua kali ganda ganjaran–dua gram emas bagi setiap kilo berat yang berjaya dihilangkan. Lebih 28, 000 orang penduduk Dubai menyertai pertandingan itu Julai lepas. Bagaimanapun ramai yang ditolak penyertaan mereka kerana anak mereka sebenarnya kurus.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Seorang rakyat Filipina berusia 31 tahun, Jason Espeneuva, yang merupakan seorang juruterapi berkata, dari makan snek dan menonton TV pasa waktu malam, dia mula bersenam. Katanya:

Anda mesti mempunyai matlamat, dan bersaing dalam pertandingan ini sangat memberikan motivasi.

Menurut doktor, Munir Hamad:

Obesiti membawa kepada pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Ia sebenarnya penyakit cara hidup yang menjadi masalah di seluruh dunia. Di negara kaya seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), penduduk bergerak menggunakan kenderaan. Mereka tidak berjalan atau bersenam dengan cukup. Kita mesti meningkatkan kesedaran. Jika kita beri kesedaran pada keluarga sekarang, terutamanya kanak-kanak, mungkin penyakit dapat dikurangkan di masa hadapan.

Pertandingan itu yang berlangsung dari 15 Julai hingga 15 September bertembung dengan bulan Ramadan. Laman web perbandaran turut menerangkan:

Ramadan ialah musim yang paling sesuai untuk melancarkan inisiatif seperti ini kerana ia mengingatkan kita kepada banyak faedah kesihatan apabila mengurangkan berat badan dan menggalakkan kita untuk memulakan langkah bagi menukar cara hidup kita yang tidak sihat.

Penganjur bercadang untuk menyampaikan ganjaran kepada 7, 530 pemenang yang telah berjaya mengurangkan berat badan dalam satu majlis khas Disember ini di Taman Zabeel di Dubai.

Your-Child-in-Gold-contest3-550x366

Laporan asal:  The National, Gulf News

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...