(3 GAMBAR)Budak Perempuan China Dukung Kawan Baik Yang Lumpuh Ke Sekolah Setiap Hari

Trending

(3 GAMBAR)Budak Perempuan China Dukung Kawan Baik Yang Lumpuh Ke Sekolah Setiap Hari

He Qin-jiao, seorang budak perempuan berusia 13 tahun dari wilayah Hunan di China ialah satu contoh manusia berhati murni. Percaya atau tidak, gadis kecil ini mendukung kawan baiknya yang menderita lumpuh akibat sakit polio pergi dan balik sekolah setiap hari, sejak tiga tahun lepas.

best-friend-ever-550x312

Advertisement

Dia membawa kawannya itu, He Ying-hui dalam perjalanan pergi dan balik sejauh empat batu setiap hari. Usaha Qin-jiao itu menyentuh hati orang ramai di China, dan mereka menggelarnya ‘budak tercantik di China’.

best-friend-ever2-550x310

Apabila Qin-jiao berusia 9 tahun, dia menyedari bahawa kawan baiknya itu tidak lagi dapat ke sekolah dan keluarganya tidak dapat menghantarnya. Oleh itu, Qin-jiao memutuskan unntuk mengambil tanggungjawab mendukung Ying-hui.

Kisah mereka mendapat perhatian umum dan sampai kepada pihak kerajaan, yang mengambil keputusan untuk memberi Yin-hui kerusi roda pada September tahun lepas.

best-friend-ever3-550x309

Setiap hari, Qin-jiao akan bangun pada pukul enam pagi, menyiapkan kerja rumah dan kemudian bergegas ke rumah Ying-hui untuk menolak kerusi rodanya ke sekolah.

Apabila sampai ke destinasi, dia akan mendukung kawannya itu naik ke tingkat dua, lokasi kelas mereka.

Kisah mereka berdua juga menjadi viral dengan ratusan ribu orang memuji kebaikan hati Qin-jiao. Kata gadis itu:-

Bagus juga dikenali, tapi saya tidak lakukan semua ini untuk populariti. Ying-hui ialah kawan baik saya dan sekolah pasti tidak sama tanpa dia.

Mereka akan tamat sekolah rendah tidak lama lagi. Qin-jiao bercadang untuk membawa Ying-hui bersama ke sekolah menengah, tetapi keluarga mereka berdua terlalu miskin dan mungkin keduanya tidak berpeluang ke sekolah langsung selepas ini.

Doakan seseorang akan cuba membantu mereka.

Sumber:  China.orgShanghaist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...