Seorang bayi dengan dua kepala telah dilahirkan oleh seorang wanita di India. Wanita itu terlalu miskin untuk membayar bagi pemeriksaan ultrasound sebelum melahirkan bayinya.
Urmila Sharma, telah melahirkan kembar yang bercantum anggota di Hospital Hindu Cygnus JK di Sonipat, Haryana, utara India pada 12 Mac. Bayi itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.37 kg dan memiliki dua kepala, dua leher, dua tulang belakang dan hanya satu badan.
Bayi perempuan itu yang masih belum diberi nama sedang dipantau dengan teliti oleh unit rawatan rapi neonatal, bagaimanapun doktor bimbang bahawa peluang bayi itu untuk terus hidup adalah tipis.
Dr. Shika Malik telah membantu kelahiran bayi tersebut dan berkata:-
Ibu bapanya sangat tertekan dan kami sedang cuba membantu mereka dengan sebaik mungkin.
Urmila dan suaminya Subhash, 32, yang juga mempunyai seorang anak perempuan lain, terlalu miskin untuk menjalani pemeriksaan ultrasound semasa mengandung jadi komplikasi yang telah timbul berkenaan bayi itu tidak disedari sesiapa.
Kami hanya dapat tahu dia mengandung kembar bercantum setelah ultrasound dibuat dua minggu lepas, tetapi sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan waktu itu.
Sekarang bayi sudah lahir dan kami akan lakukan apa yang terdaya untuk menyelamatkannya. Kami akan melakukan pembedahan bila keadaannya sudah stabil.
Kembar bercantum yang berkongsi satu badan biasanya bercantum dalam cara yang amat luar biasa, dipanggil dicephalic parapagus. Oleh kerana berkongsi satu badan, bayi kembar dicephalic parapagus tidak dapat dipisahkan.
Laporan asal: http://www.dailymail.co.uk/health/article-2580107/The-baby-TWO-HEADS-Indian-mother-poor-ultrasound-gives-birth-conjoined-twins.html#ixzz2wAlfNwBa