(3 GAMBAR)Anjing Jaga Kubur Selama Dua Minggu Selepas Kematian Tuannya

Trending

(3 GAMBAR)Anjing Jaga Kubur Selama Dua Minggu Selepas Kematian Tuannya

Apabila seorang remaja India bernama Bhaskar Shri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya, anjingnya bernama Tommy enggan meninggalkan kuburnya selama dua minggu. Khabarnya anjing ini enggan makan sepanjang di tepi kubur, sebaliknya ‘menjaga’ kubur tuannya di pinggir bandar Chennai.

canine-loyalty-550x366

Advertisement

Bhaskar seorang pekerja binaan yang sangat sukakan anjing. Dia memelihara Tommy sejak lima tahun yang lepas. Sejak Bhaskar menjadi mangsa kemalangan jalan raya yang teruk, Tommy enggan berpisah dengan tuannya, menghabiskan masa di tepi kubur Bhaskar selama 15 hari.

canine-loyalty2-550x366

Tommy yang berduka itu akhirnya diselamatkan oleh Dawn Williams, seorang pegawai penyelamat haiwan yang bekerja untuk badan Blue Cross di India.

Saya nampak anjing itu duduk di tepi kubur yang masih baru sewaktu berjalan ke tempat kerja pada satu pagi. Masa itu saya anggap ia perkara biasa.

Kemudian pada 13 Ogos saya berada di kawasan itu semula untuk misi menyelamat yang lain dan saya nampak Tommy lagi. Ia duduk di tempat yang sama dalam posisi yang sama. Nampaknya ia tidak bergerak dari situ berminggu lamanya.

Saya perhatikan ia kelihatan resah. Ia nampak kurus dan matanya berair. Saya berinya biskut dan air tetapi ia tetap enggan beralih dari situ. Kemudian dengan rakan saya, saya berjalan sekitar kawasan itu dan bertanya pada orang sekeliling sama ada mereka tahu tentang anjing itu.

Mereka memberitahu kisah Tommy—bahawa dia sedang menjaga kubur tuannya dan tiada siapa dapat membuatnya bergerak dari situ.

canine-loyalty3-550x366

Akhirnya, Dawn berjaya mengesan ibu Baskhar, Shrimati Sundari, yang juga seorang pekerja binaan.

Apabila Tommy nampak Shrimati, ia terus melompat ke arah wanita itu, sebelum meletakkan kepala ke kakinya. Nampaknya, ia kenal Shrimati.

Menurut Shrimati, Bhaskar dan Tommy berkawan sangat baik, tetapi Tommy hilang sejak 2 Ogos, iaitu pada hari kematian Bhaskar. Dia cuba mencari Tommy tetapi bila tidak ditemui, dia menyangka Tommy sudah menemui tuan baru.

Apabila mengetahui hal sebenar, Shrimati sangat gembira. Kata Shrimati, Tommy ialah seorang teman yang setia dan dia akan memelihara Tommy sebagai mengingati anaknya yang telah pergi.

Sangat menyedihkan apabila melihat mereka berjalan pergi dari situ bersama-sama, tetapi saya pasti Tommy akan membantu Shrimati merawat kesedihan yang dirasakan, kerana anjing sangat membantu dalam hal-hal emosi.

Laporan asal: New York Daily News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...