1) Pembedahan Plastik Pertama Di Dunia
Semasa mengendalikan senjata di atas kapal HMS Warspite pada tahun 1916 dalam Perang Jutland, Walter telah mendapat kecederaan teruk di bahagian wajah, termasuk kehilangan kelopak mata atas dan bawah.
Pada tahun 1917 dia telah dirawat oleh Sir Harold Gillies, manusia pertama yang menggunakan graf kulit dari bahagian badan yang tidak terjejas. Dia juga dikenali sebagai ‘bapa pembedahan plastik’. Gilies yang beroperasi di London telah membuka wad pakar untuk individu yang mendapat kecederaan di wajah di Hospital Queen Mary di Sidcup, Kent.
Kelasi muda yang berasal dari Plymouth, Devon itu diberi kelopak mata yang baru dengan graf kulit yang ditampal di keseluruhan wajah dan matanya.
2) Pembedahan Hidung Pertama Di Dunia
Mengikut rekod, pembedahan hidung yang pertama di dunia di jalankan oleh Sir Harold Gillies kepada seorang tentera, William M Spreckley. Spreckley ialah seorang leftenan dari Pasukan Perkhidmatan Sherwood Foresters dari Kontinjen British, Batalion ke 16. Dia ialah pesakit Gillies yang ke 132 dan dimasukkan ke hospital pada Januari 1917. Spreckley yang berusia 33 tahun telah mendapat luka tembakan di hidung. Dia keluar dari hospital tiga setengah tahun kemudian pada Oktober 1920.
3) Pembinaan Semula Wajah Yang Pertama Menggunakan Pembedahan Plastik
Willie Vicarage, yang cedera teruk di wajah kerana Perang Jutland pada tahun 1916, ialah manusia pertama yang wajah ‘dibina semula’ menggunakan pembedahan plastik melalui kaedah ‘tubed pedicle’.
Pada masa itu, antibiotik masih belum dicipta, bermakna sukar untuk mendapatkan graf kulit dari badan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dengan mudah. Namun sewaktu merawat Vicarage, Gillies telah mencipta kaedah ‘tubed pedicle’ di mana kulit dada atau dahi ditarik ke muka bagi mengurangkan jangkitan.