Written by Bella | September 14th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada Farah AF2 yang telah selamat melahirkan anak keduanya bersama suami Johan Johari pada jam 9.31 pagi semalam di Island Hospital, Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Farah dan suami masih belum menetapkan nama untuk bayi perempuan mereka seberat 3.45 kilogram.

Alhamdulillah syukur semuanya selamat. Biarpun berdepan dengan beberapa hal tak terduga, segala-galanya dipermudahkan. Nama anak kami belum letak lagi. InsyaAllah sekitar hari ketujuh baharu kami akan beri nama kepada anak kedua kami.

Farah telah bernikah dengan Johan Johari pada tahun 2011. Sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan juga yang diberi nama Elsa.

Memang comel betul anak Farah, Alhamdullillah moga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini keluarga mereka akan lebih bahagia.

Sumber Berita: Berita Harian

9 responses to (3 FOTO) Tahniah Farah AF2 Selamat Lahirkan Bayi Kedua

  1. Malia Lab says:

    Tahniah Farah

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cantik farah wlpn tanpa makeup…ap pn tahniah la ye..

    0

    0
  3. Cik Cikibom Cikibom says:

    Ank pertama Elsa,, anak ke dua Anna la. Ok what.

    0

    0
  4. minah jambu says:

    sape dia ni ? kalau minah2 tudung ni minah jambu tk berape kenal terima khaseh aje lah ye thank u.. baby dia comel so cute..

    0

    0
  5. frozen says:

    Masa mula2 dgr nama anak dia Elsa aku rasa pelik nama tu..tp x sgka nama Elsa famous skrg disebabkan Frozen..

    0

    0
  6. mrs flinstone says:

    si Masha Milan tu kena p melawat sampai ke Penang nooo… ye la kn BF dia anak Dato dr Penang…

    0

    0
  7. zaza says:

    farah tolong keluarkan single lagi mcm dulu. minat sgt dgn vokal u.

    0

    0
  8. marlinah says:

    Mungkin bayi ini lebih baik!

    0

    0