Semua orang sudah tahu bahawa hero drama Melayu sensasi, Zul Ariffin sedang hangat bercinta dengan penerbit Gayatri Su Lin Pillai. Walaupun jarang untuk menampilkan aksi mesra di khalayak ramai, tidak bermakna pasangan ini tidak romantis.
Nampaknya, kekuatan cinta mereka masih lagi utuh apabila aksi mereka bermanja ketika bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar.
Jelas sekali, kedua-dua mereka saling menyintai dan meluangkan masa bersama di tempat yang terkenal untuk pasangan bercinta. Walaubagaimanapun, mereka tidak pergi bercuti berdua sahaja tetapi ditemani oleh keluarga Zul. Â Dengan kesempatan ini, hubungan Gayatri dan keluarga kekasihnya itu juga akan semakin erat selepas ini.
Zul Ariffin dan Gayatri Su Lin Pillai sudah cukup sepadan bersama. Malah, kami rasa keluarga Zul juga boleh menerima kehadiran kekasih beliau dengan baik. Iyalah, jika tidak tentu sekali mereka tidak akan bercuti bersama bukan? Jadi, bila agaknya kita boleh lihat mereka bersanding di atas pelamin. Hehe.
Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.