Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

3 Fakta Menarik Kenapa Air Mineral Semulajadi Spritzer Jadi Pilihan Utama

“Panas-panas macam ni dapat minum air mineral Spritzer yang sejuk mesti puas”

Air merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian, bagi mereka yang mahukan kualiti terbaik dalam setiap tegukan, air mineral semulajadi pastinya akan menjadi pilihan utama untuk menghilangkan dahaga dan sebagai sumber air minuman utama.

Advertisement

Di Malaysia, jenama Spritzer merupakan air mineral semulajadi paling laris dijual setiap tahun. Apa rahsia Spritzer sampai jadi pilihan ramai? Ini 3 fakta penting yang korang kena tau.

Kebaikan Air Mineral Semulajadi Spritzer

Korang pernah tak terfikir, bagaimana Spritzer mampu memberikan kenikmatan pada rasa air mineral? Haa.. Ni kami nak share 3 fakta dengan korang.

1.Sumber air bawah tanah

Pertama mestilah sumber airnya sendiri, sumber air Spritzer terletak di bank tanah seluas 330 ekar yang bersamaan dengan 266 padang bola. Besar kan?

Kawasan itu pula dikelilingi dengan persekitaran hutan tropika semulajadi yang asli dan bersih. Bila jauh daripada segala pencemaran hanya kebaikan yang korang nikmati dengan Sprtizer. Kalau korang nak tau juga hutan hujan ni dah berusia 220 juta tahun tahun tau!

Advertisement

Kawasan sumber yang luas dan bersih memberikan hasil ekstraksi sedalam 420 kaki di bawah tanah yang kaya dengan sumber mineral semula jadi.

2. Dari alam ke botol minuman tanpa sentuhan

Bukan itu saja, pembotolan air mineral semulajadi Spritzer turut berbeza. Ditapis secara higenik mengikut piawaian antarabangsa. 

Tiada sentuhan tangan berlaku di antara air ke botol minuman bagi memastikan kualiti air terjamin.

3. Tiada kewujudan mikroplastik

Apa tu mikroplastik? Mikroplastik adalah serpihan halus plastik berasal dari pemprosesan industri dan pembuatan yang boleh mencemarkan ekosistem semula jadi.

Hasil analisis yang dilakukan oleh Sirim Bhd mengesahkan tidak wujud bendasing mikroplastik yang dikesan dalam air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silica ni.

Hasil ujian tidak menemui sebarang sintetik polimer atau mikroplastik walaupun diuji di bawah 50 kali pembesaran tau!

Penemuan Sirim ini membuktikan bahawa air mineral yang Spritzer melalui proses kualiti ketat bagi menjaga kebersihan dan keselamatan untuk diminum.

Bagi korang yang sering tertanya-tanya bagaimana air mineral Spritzer ke dalam botol minuman, korang boleh saksikannya sendiri di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Spritzer akan memaparkan billboard 3D secara berkala di hadapan pintu masuk ke Pavillion bermula 12 April-23 Mei 2021. Jangan lupa rakam dan post kan di sosial media korang dengan hashtag ni #TheOriginalRainforestWater dan #SpritzerMY. Barulah korang boleh sebarkan kebaikan Spritzer kepada semua.

Advertisement

Nanti jangan lupa juga untuk join aktiviti yang diadakan di sekitar air pancur tu, ada photobooth, skrin LED interaktif, mesin sample (SPS & acilis) dan mesin kitar semula.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan dan produk yang ditawarkan oleh Spritzer, korang boleh layari https://www.spritzer.com.my/.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama