3 Cara Iceland Majukan Bola Sepak Hingga Layak Ke Piala Dunia

Trending

3 Cara Iceland Majukan Bola Sepak Hingga Layak Ke Piala Dunia

Iceland merupakan negara yang mempunyai populasi antara yang terkecil di dunia. Untuk kelayakan Piala DUnia Russia 2018, mereka memenangi kesemua 3 perlawanan awal termasuk menewaskan Belanda 2-0. Ini menjadikan mereka berada di tanggan ke 28 dunia dalam ranking FIFA.

Advertisement

Selepas menewaskan Croatia dan Turki dalam pusingan kelayakan, mereka kini mendaki tangka ke 22 dalam ranking FIFA.

Pengarah Teknikal Iceland Siggi Eyjolfsson berkongsikan 3 cara yang mereka gunakan untuk majukan bola sepak Iceland

1. Peluang pemain muda

Iceland menggalakkan remaja mereka bermain bola sepak di liga utama negara mereka pada usia muda. Pemain profesional pertama mereka ialah Albert Guðmundsson yang bermain untuk Rangers dan Arsenal.

Eidur Gudjohnsen menjadi pemain profesional di Iceland pada usia 15 tahun. Beliau menjaringkan 7 gol dalam 17 perlawanan dalam musim pertama beliau.

Ramai lagi pemain Iceland yang bermain di liga tertinggi mereka dalam usia belasan tahun. Kemudian, pasukan kebangsaan mereka sentiasa membuka pintu untuk mereka bermain dalam pasukan kebangsaan.

Mereka berterusan memberikan debut kepada pemain-pemain muda ini. Tidak ada siapa scouting yang kisah pasal liga Iceland yang hanya ada 12 pasukan sahaja.

Untuk mereka mengharapkan pihak scouting kelab besar datang memantau pemain di liga mereka, memang benda yang tidak realistik.

Jadi prinsip mereka adalah: ‘Jika mereka tidak mahu datang kepada kita, kita pula datang kepada mereka’

Oleh itu, Presiden FA Iceland dan pengurusan mereka berbincang dengan jurulatih untuk cuba menggunakan pasukan kebangsaan dalam usaha mempromosi pemain muda mereka.

Pemain-pemain muda ini diberikan motivasi untuk bermain baik menentang pasukan yang besar supaya mereka dapat keluar daripada Iceland dan bermain di liga lebih besar dan lebih prestij.

Cara ini telah membuatkan pemain mereka cepat matang dalam usia sangat muda. Bayangkan, pemain-pemain ini sangat berdisiplin dan menjaga pemakanan mereka sendiri serta melakukan latihan tambahan di rumah.

Sebelum ini, Iceland tidak ada kemampuan untuk membayar jurulatih serta pakar nutirisi yang ramai.

Pemain-pemain mereka tidak terpengaruh dengan kehidupan remaja-remaja di Eropah yang lain yang sempat bermain FIFA ataupun lepak di kelab malam bersama teman wanita.

Mereka perlu berusaha lebih keras. FA Iceland menekankan, semakin cepat mereka matang, semakin cepat mereka mencapai potensi diri mereka.

Kini mereka ada lebih 90% pemain yang bermain di luar Iceland. Liga Iceland sangat kecil dan tidak sesuai untuk membangunkan bakat yang lebih kompetitif.

Peratusan ini adalah bukti pengurusan mereka berjaya mengeksport pemain mereka dengan cara mereka tersendiri tanpa perlu membuang duit menghantar pemain ini dengan program khas.

2. Jurulatih dan staf yang berkualiti

Untuk melahirkan pemain yang bagus, anda perlukan jurulatih yang bagus. FA Iceland memiliki dana yang terhad untuk mendapatkan kepakaran ramai jurulatih luar.

Jika dalam perenggan di atas, kami gariskan mereka dahulu tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan dana membantu jurulatih mereka.

Namun begitu, dengan perkembangan ekonomi dan pelaburan yang baik ke dalam pasukan mereka, FA Iceland tidak menggunakan wang itu untuk membina tempat duduk baru di stadium mahupun membina stadium baru yang besar.

Tidak! Mereka melaburkan wang itu kepada aspek asas iaitu pembangunan dan pendidikan jurulatih mereka.

Mereka hanya perlu memastikan stadium mereka ada padang yang berkualiti dan menepati piawaian UEFA dan FIFA.

Mereka membantu jurulatih mereka yang ada untuk menamatkan kursus kejurulatihan di pelbagai peringkat di Eropah di bawah lesen UEFA.

Dilaporkan sekitar 70% jurulatih mereka yang ada pada hari ini memiliki lesen UEFA B dan 30% lagi sudah memiliki lesen UEFA A.

Selain daripada jurulatih teknikal dan taktikal mereka juga membangunkan aspek Sains Sukan. Ramai ahli fisiologi dan golongan profoesional yang lain dalam bidang bola sepak menamatkan ijazah di peringkat tertinggi di Universiti-universiti terkemuka di Eropah.

Dengan adanya golongan yang celik dan bertauliah ini, mereka mampu memberikan latihan yang lebih baik kepada pemain-pemain mereka.

Hari ini, Iceland menggunakan khidmat anak tempatan mereka Heimir Hallgrímsson menggantikan Lars Lagerback. Lagerback membantu Iceland mara ke Euro 2016 dan kemudiannya mara sehingga ke suku akhir.

Hallgrimsson pula berpotensi menjadi jurulatih pertama membawa Iceland ke Piala Dunia. Dan beliau juga berpotensi menjadi jurulatih berbangsa Iceland pertama yang berada di pentas Piala Dunia.

3. Kualiti pasukan

Iceland adalah negara yang berpotensi melahirkan pemain yang berkualiti. Namun sebelum ini mereka gagal meghasilkan pasukan yang seimbang.

Pada 1984, pemain Iceland Asgeir Sigurvinsson yang bermain untuk Stuttgart telah diundi sebagai pemain terbaik Bundesliga. Beliau sebelum ke Jerman, Sigurvinsson bermain untuk kelab IBV sehingga berusia 17 tahun.

Kelab yang sama melahirkan Hermann Hreidarsson yang pernah diiktiraf sebagai pemain Scandinavia yang paling banyak bermain di EPL. Beliau mulai bermain di EPL pada 2011.

Selepas itu muncul nama-nama seperti Eidur Gudjohnsen dan Gylfi Sigurdsson. Kualiti pemain mereka yang kompetitif. Ada pemain yang lahir di perkampungan yang ada 40 orang sahaja populasi mereka.

Pihak FA Iceland memikirkan cara untuk membantu mereka mencapai potensi mereka seawal mungkin. Sebab itu, bermula 5 tahun yang lalu FA Iceland megambil langkah pro-aktif untuk membentuk pasukan bukan lagi individu.

Sumber: SemuanyaBola.Com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...