Pelakon, Hafidz Roshdi meluahkan rasa lega apabila akhirnya dapat bertemu dengan anak-anaknya, Humairah dan Umar selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi dilihat meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Kangar, Perlis.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu turut membawa pelbagai hadiah untuk kedua anaknya itu.
Bismillah, perjumpaan dengan Humairah & Umar setelah hampir 3 bulan tak berjumpa, bayangkan rindunya seorang abah pada anak anaknya macam mana?
Meninjau di ruangan kapsyen, Hafidz turut meletakkan tanda pagar ‘Keadilan Demi Anak’ dalam hanatarn tersebut.
Bagaimanapun, pelakon Tundukkan Playboy Itu hanya melayani anak-anaknya di luar rumah sambil ditemani beberapa ahli keluarga tanpa kelibat isterinya, Shuhada.
Terdahulu, Shuhada meluahkan rasa lega selepas laporan psikiatri mengesahkan suaminya waras dan layak untuk dibicarakan.
Jadi selama ini apa yang segelintir individu memfitnah saya dengan menggunakan alasan Hafidz mempunyai sakit mental kini sudah terjawab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.