Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“3 Bulan Sekali Cuti..”Rebecca Nur Al-Islam Cari Pembantu Melayu, Ramai Yang Tawar Diri

Rebecca Nur Al Islam

Pelakon jelita, Datin Rebecca Nur Al-Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak-anaknya.

Advertisement

Iklan jawatan kosong itu dihebahkan Rebecca menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berserta syarat-syarat serta gaji yang ditawarkan kepada mereka yang layak.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan aktres itu adalah mestilah berbangsa Melayu, suka akan kanak-kanak, berumur antara 19-30 tahun dan menitik beratkan soal ibadah.

Ada sesiapa yang berminat nak bekerja dengan Mummy Becca sebagai pembantu untuk anak-anak di rumah? Gaji atas RM1,000, tiga bula sekali cuti, selepas tiga bulan naik gaji. Waktu bangun 6 pagi kemudian solat dan menjaga anak-anak serta mengemas rumah tetapi lebih kepada menjaga anak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial Rebecca tampil menyatakan hasrat dan berminat untuk bekerja dengan pelakon itu.

Advertisement

Terdahulu, Rebecca difahamkan sudah mempunyai tiga orang pembantu rumah.

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Datuk Nor Azam Sulaiman pada tahun 2011 kini bahagi dengan kehadiran lapan orang cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    October 13, 2021 at 11:40 pm

    8 org ank nk kne jg aka bibik lg gaji 1k jerrrr??? Hmm better kje kilang or cleaner kot..gaji cleaner yg tiap hr cuci toilet tu je xjmpe org pn dah 1500k ke ats ni lg la bibik nk jg 8 org bdk..xmsk akal harga gaji tu..

  2. Anonymous

    October 13, 2021 at 4:50 pm

    Gaji Bibik Indon di Singapura paling rendah RM1700 dan setiap minggu cuti 1 hari. 1 bulan cuti 4 hari dan kalau majikan perlukan mereka bekerja di hari cuti majikan diwajibkan bayar cuti yg tak diambil dgn cash. Jadi RM1700 (gaji minimal) + RM320 (gaji cuti yg tak digunakan) tu belum lagi bayar duit levy. Ada yg dibayar gaji RM2100 sebulan jugak dan cuma perlu jaga kanak2 paling banyak pun cuma 4 org selalunya jaga 2 orang kanak2 saja. Nak dgr kena jaga kanak2 sampai 7 atau 8 org it’s very rare.

  3. wahhh

    October 13, 2021 at 9:41 am

    tak mgkin aku boleh bela ank org ramai2 mcm tu, dgn gaji 1k, 3 bulan baru cuti.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top