Pelakon jelita, Datin Rebecca Nur Al-Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak-anaknya.
Iklan jawatan kosong itu dihebahkan Rebecca menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berserta syarat-syarat serta gaji yang ditawarkan kepada mereka yang layak.
View this post on Instagram
Antara syarat-syarat yang ditetapkan aktres itu adalah mestilah berbangsa Melayu, suka akan kanak-kanak, berumur antara 19-30 tahun dan menitik beratkan soal ibadah.
Ada sesiapa yang berminat nak bekerja dengan Mummy Becca sebagai pembantu untuk anak-anak di rumah? Gaji atas RM1,000, tiga bula sekali cuti, selepas tiga bulan naik gaji. Waktu bangun 6 pagi kemudian solat dan menjaga anak-anak serta mengemas rumah tetapi lebih kepada menjaga anak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial Rebecca tampil menyatakan hasrat dan berminat untuk bekerja dengan pelakon itu.
Terdahulu, Rebecca difahamkan sudah mempunyai tiga orang pembantu rumah.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Datuk Nor Azam Sulaiman pada tahun 2011 kini bahagi dengan kehadiran lapan orang cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.