3 Anak Jadi Hafiz Termuda Di Dunia, Ibu Bapa Ini Kongsikan Tips Kuatkan Ingatan Anak

Trending

3 Anak Jadi Hafiz Termuda Di Dunia, Ibu Bapa Ini Kongsikan Tips Kuatkan Ingatan Anak

hafiz1

Salah satu yang dirisaukan atau menjadi masalah bagi mereka yang mahu menghafal Al Qur’an sudah pasti adalah masalah mudah lupa. Kebanyakannya memang begitu.

Advertisement

Pada waktu malam baca dan hafal, tapi esok harinya dah lupa, jadi macam mana cara untuk mengatasi masalah cepat lupa ini?.

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar di mana mereka merupakan ibu bapa keapda 3 hafiz termuda di dunia.

Berikut adalah jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al Qur’an yang boleh kita amalkan..

Membiasakan solat tahajud

Ketika ada yang mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekat diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang hebat dimana ia akan membersihkan hati hati sehingga mudah mengingati Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.

Memperbanyakkan doa

Sebab Allah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.

Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surat atau ayat yang telah dihafal perlulah dibanyakan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.

Wirid harian

Ketika ditemubual oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Qur’an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya mereka  memerlukan masa 2 setengah jam.

Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan mereka turut terjaga.

Semoga kita dipermudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Semoga keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran.

Mana tahu kan salah seorang dalam keluarga besar kita juga bergelar hafiz suatu hari nanti.

Insyaallah..

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...