Selaku seorang ayah kepada anak lelaki yang telah berusia 3 tahun lebih, memang banyak aktiviti yang perlu dilakukan bersama-sama untuk ‘bonding’. Anak lelaki ini tenaganya luar biasa sikit. Aktif tak ingat. Pagi petang siang malam memang nak main je kerjanya. Antara aktiviti kegemaran anak Abang Nara si Aariz tue ialah:-
1. Main basikal
Pukul 5 setiap petang Aariz akan membuat muka manjanya di depan pintu sambil menuding jarinya ke basikal. Kadangkala kalau Abang Nara buat tak layan, Aariz akan speaking London â€I want to ride bicycle Papaâ€. Seronok dia bila dapat keluar mengayuh basikal. Berpeluh satu badan. Abang Nara pun turut sama berpeluh sebab berlari-lari anak mengejar Aariz
2. Main bola
Yang ini Abang Nara suka kalau Aariz ajak. Cita-cita Abang Nara memang nak pastikan Aariz jadi pemain bola sepak profesional. Jadi kalau dia ajak main tendang-tendang bola, Abang Nara yang excited lebih. Boleh tahan juga si Aariz nie menendang. Dua-dua belah kaki boleh guna. Tendangan pun padu juga.
3. Mandi manda di swimming pool
Seminggu sekali Abang Nara akan cuba membawa Aariz berenang di swimming pool berdekatan rumah kitaorang. Dia punya excited sampai tahap tak nak balik. Suka betul main air. Gaya terjun tiruk Aariz memang boleh mengalahkan Pandalela Rinong. Ada sekali tue berlagak betul taknak pakai pelampung. Sekali tue lemas. Heheh. Abang Nara gelak je.
Memang banyak tenaga yang diperlukan untuk melayan gelagat Aariz. Itu belum kira si adiknya Arissa yang tiba-tiba menghilang. Tup-tup tengok dah tengah panjat tangga. Memang berlarilah Abang Nara pergi ambil Arissa. Kalau tergolek tak ke sedih? Seharian melayan karenah Aariz dan Arissa memang penat tahap Gaban. Namun itulah tanggungjawab seorang superhero bergelar ayah. Tak gitu?
Ada sekali tue Aariz dah beria siap nak pergi mandi swimming pool. Abang Nara pun memang dah janji nak bawak dia. Sekali tue kepala pening berdenyut tak ingat punya. Terbaring je Abang Nara kat atas sofa. Si Aariz dah buat muka sedih sebab ayahnya macam dah lupa janji. Kesian la plak. Terus Abang Nara telan 2 biji Panadol Actifast. Setengah jam kemudian, kesakitan hilang dan kami berdua pun bergembira mandi manda di swimming pool.
Demi 2 buah hati pengarang jantung Abang Nara ini, setakat sakit-sakit kepala sikit tue terus telan Panadol Actifast je agar dapat luangkan masa bersama mereka. Jangan kerana taknak makan ubat, anak-anak terasa kita tak ambil peduli kat diorang. Masa kecik nielah nak spend time together betul-betul. Dah besar nanti diorang sibuk ngan kawan-kawan dan pakwe/makwe. Heheh. Tak gitu? Apa pula yang korang selalu lakukan bila sakit kepala datang menjelma?