3.8 Juta Pengguna Di Selangor Akan Alami Gangguan Air Isnin Depan

Trending

3.8 Juta Pengguna Di Selangor Akan Alami Gangguan Air Isnin Depan

814 kawasan sekitar Lembah Klang melibatkan lebih 707,759 akaun atau 3,892,641 pengguna akan menghadapi gangguan bekalan air Isnin depan susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

Advertisement

Kawasan-kawasan yang terlibat susulan kerja penyelenggaraan dan pemasangan sistem perlindungan itu adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata kerja-kerja TNB itu selama 16 jam bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam akan menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60% pengguna di Lembah Klang.

“Kerja-kerja senggaraan ini dilakukan setiap 3 tahun bagi mencegah sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik yang tidak terancang di loji-loji rawatan air.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik selesai dilaksanakan,” kata Mohd Ridhuan dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pengguna dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan air sementara itu.

Mohd Ridhuan berkata pengguna boleh merujuk kepada laman web www.syabas.com.my untuk maklumat terperinci berhubung gangguan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...