3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis

Trending

3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Kencing Manis

Sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Advertisement

“Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.

Antara penduduk di Malaysia pula tidak mengetahui mereka menghidap kencing manis dan antara mereka mengetahui melalui ujian yang dilakukan di program bersama rakyat.

“Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan ‘suku suku separuh’ serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya,” katanya.

Dr Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian. Lapor BERNAMA

Berikut merupakan tanda tanda penyakit kencing manis

1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.
2. Sering ketandas.
3. Terasa badan lemah.
4. Berat badan turun dengan cepat
5. Penglihatan semakin kabur.
6. Terasa pening kepala.

Golongan Berisiko Tinggi

1. Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
2. Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
3. Mereka yang berat badan agak tinggi
4. Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
5. Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.

Ada juga pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Disarankan anda membuat pemeriksaan dengan klinik untuk mengesan penyakit kencing manis pada peringkat awal. Bagi yang berisiko tinggi, seelok eloknya menjalani pemeriksaan ujian kencing manis sekali setahun.

Perlu diingat bahawa penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...