29 Perkara Ini Perlu Elak Jika Nak Kewangan Yang Stabil, Tapi Ramai Yang “Terbabas”..

Trending

29 Perkara Ini Perlu Elak Jika Nak Kewangan Yang Stabil, Tapi Ramai Yang “Terbabas”..

Sebenarnya jika nak mempunyai tahap kewangan yang agak stabil tidak lah terlalu sukar sekiranya diri kita sendiri mampu untuk mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang tak perlu.

Advertisement

Segalanya bergantung pada diri sendiri untuk mengawal aliran tunai wang keluar dan masuk. Kita seharusnya perlu bijak mengatur kewangan dengan “ukur baju di badan sendiri”.

Oleh dengan itu, admin nak share dengan korang punca-punca masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa kini, jom kita tengok perkongsian daripada saudara Harith Faisal ini.

29 Punca Masalah Kewangan

1. Sale Pelbagai Perayaan Sepanjang Tahun

Hari Raya Sale. Merdeka Sale. Deepavali Sale. CNY Sale. New Year Sale. Year End Sale. Kembali Ke Sekolah Sale.

2. Berlumba Tunjuk Life Di Media Sosial

Melancong ke luar negara, upload. Makan kat restoran dan hotel mahal, upload. Jumpa artis, upload. Kereta baru, upload.

3. Mudah Beri Hutang Kepada Orang Lain

Mungkin orang akan kata kau kedekut kalau kau susah nak bagi orang pinjam duit. Nasihat saya, bagi pinjam berpada-pada.

4. Terpedaya Dengan Diskaun Palsu

Mark up harga kaw-kaw. Kemudian letak “Less 50%”.

5. Beli Sebab Murah, Bukan Sebab Perlu

Borong barang gila-gila, penyudahnya expired tak habis pakai. Order makan kat kedai semua teringin, tapi makan tak habis pun.

6. Langgan Pakej Telco Yang Tidak Perlu

Kau tak perlu sampai 20GB pun. Tapi sebab termakan pujuk rayu telco, kau langgan juga pakej tu.

7. Sewa Rumah Lebih 20% Gaji Sebulan

Contoh gaji RM2,000 x 20% = RM400 maksimum sewa rumah kau.

Nota: Sewa rumah/bilik/kongsi bilik lebih 20% gaji sebulan.

8. Ansuran Kereta Lebih 15% Gaji Sebulan

Contoh gaji RM3,000 x 15% = RM450 ansuran kereta sebulan.

Atau boleh guna formula kereta patut milik adalah setahun gaji kita.

Contoh gaji RM3,000 x 12 = RM36,000

9. Ubahsuai Rumah Guna Pinjaman Peribadi

Elakkan. Buat bila dah ada duit.

10. Beli Perabot Dan Telefon Pun Nak Berhutang

Kalau kau kena hutang beli, maksudnya kau belum layak untuk memiliki.

11. Belanja Dulu Sebelum Menyimpan

Sepatutnya, simpan dulu kemudian baru belanja bakinya.

12. Belanja Melebihi Gaji Bulanan

Orang macam ni memang takkan ada duit simpanan.

13. Tak Pernah Buat Bajet Bulanan

Jangan buat saja. Kena ikutlah juga.

14. Kena Tipu Dengan Skim Cepat Kaya

Ada masanya memang senang kena tipu dengan scammer.

15. Tak Rugi Nak Melabur

Tak melabur, duit kau akan dimakan inflasi 3% setahun

16. Guna Kad Kredit Untuk Berhutang

Kad kredit untuk memudahkan hidup, bukannya tambah hutang.

17. Bayar Minimum Hutang Kad Kredit

Lepas pakai RM400, teruslah bayar kasi habis RM400 juga.

18. Suka Layan Hobi Yang Mahal

Malas saya nak listkan. Kau sendiri tahu hobi kau mahal ke murah, bermanfaat ke takda faedah.

19. Banyak Belanja Di Hujung Minggu

Weekdays gila berjimat, weekends belanja sakan

20. Malas Masak sendiri Di Rumah

Asyik nak makan luar saja. Kalau masak sendiri kan banyak jimatnya.

21. Berhutang Untuk Mula Berniaga

Mulalah berniaga dengan apa yang kau ada. Tak payah berhutang. Lagi-lagi kena elak kalau nak berhutang dengan bank

22. Tiada Ilmu Kewangan Dalam Pelaburan

Takda ilmu, itu yang semua jadi takut. Cari ilmu sebelum melabur, untuk elak duit melebur.

23. Rokok Sama Penting Dengan Nasi

Pandai-pandailah fikir. Dah besar panjang, kan.

24. Tak Ambil Caruman Takaful

Kalau dah ditimpa musibah, masa tu huru hara kewangan. Nauzubillahi min zalik.

25. Caruman Takaful Lebih 10% Gaji

Tak payahlah ambil mahal sangat takaful tu. Berpada-padalah. Ikut keperluan

26. Kahwin Guna Pinjaman Peribadi

Kahwin sebab apa? Buat pinjaman sebab nak bayar kos wajib atau semata-mata ikut adat budaya?

27. Kahwin Wajib Jemput Sekampung

Tak termasuk rukun nikah pun. Ajak mana-mana yang perlu saja.

28. Mengharap Sangat Bantuan Kerajaan

Bila tak dapat, mulalah menyalahkan kerajaan. Bila dah dapat segedebuk, habis macam tu saja.

29. Rezeki Tak Berkat Selalu Rasa Tak Cukup

Bila rezeki berkat, kita akan rasa cukup dengan apa yang kita ada.

SHARE laju-laju tanpa was-was. Terima kasih

Mungkin ada di antara beberapa punca ini yang kita juga sering kali lakukan, jadi, sudah bolehlah untuk mengurangkan punca-punca ini mana yang patut, dan mulakan perbelanjaan kewangan dengan lebih bijak. Jom kita mula menyimpan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...