Melalui laporan, individu lelaki yang merupakan ‘influencer’ serta dikenali sebagai ‘Ikon Permotoran’ antara 284 yang ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan, malam AidilAdha, Rabu di Kedah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pempegaruh berumur 23 tahun itu telah ditahan dalam operasi yang dijalankan pada jam 11 malam hingga 3 pagi terbabit.
Katanya lagi, sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan antaranya adalah tiada lesen memandu, ubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans dan cukai jalan serta lesen sudah tamat tempoh.
Difahamkan, kini kebanyakkan warganet membanjiri akaun media sosial Ikon Permotoran, Haqiem Stopa serta menyoal sama ada dia adalah individu ditahan dalam operasi terbabit memandangkan gambarnya tular selepas disebar oleh pihak media.
Dapat dilihat dalam satu gambar, Haqiem Stopa sedang berada di Balai Polis Trafik Kota Setar hasil perkongsiaan warganet.