Seorang chef yang bekerja di sebuah dapur Mediterranean dan bar yang terletak di Pittsburgh, Pennsylvania mahu memberikan sedikit gambaran kepada orang ramai tentang apa yang berlaku dalam sebuah dapur restoran atau hotel. Chef-chef ini bekerja keras, dan berjam-jam lamanya untuk menghidangkan makanan lazat dan terbaik untuk pelanggan. Selepas ini, bila anda duduk di restoran atau coffee house, ketahuilah makanan yang anda makan itu dihasilkan dengan minat yang mendalam dari seseorang (atau dua).
Lelaki ini bekerja sebagai chef hampir seumur hidupnya.
Kadangkala, ada masa bermain.
Lagi 26 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dan dia hanya ingin orang ramai tahu berapa panjang masa yang diambil untuk menghasilkan makanan yang lazat untuk pelanggan (dan 16 jam itu juga boleh dikira hari yang pendek).
Hampir keseluruhan jam dihabiskan dengan berdiri (sehingga kasut terkoyak selepas beberapa lama)
Tangan luka terhiris pisau? Perkara biasa.
Kulit terkena oven atau kuali panas membara? Juga perkara biasa.
Untuk memasak, satu perancangan yang teliti jua perlu dilakukan, ya adik-adik.
Setiap inventori barangan dicatatkan apabila digunakan.
Bagaimanapun, kelebihannya ialah chef berpeluang menggunakan dan bermain dengan peralatan memasak yang canggih.
Sentiasa cuba enjoy bila kita suka apa yang dilakukan, bukan?
Lagipun chef berpeluang memasak menggunakan bahan paling berkualiti, terbaik dari ladang.
Dan…hasilnya!
Namun apa yang penting, chef sukakan kerjaya mereka dan lakukan semuanya untuk pelanggan. Dan jangan lupa, kerana cinta mereka kepada makanan.
Sumber: Reddit.com