27 Tahun Hidup Sebagai Islam, Wanita Baru Perasan Didaftar Sebagai Agama Kristian Dalam Sijil Kelahiran

Kehidupan

27 Tahun Hidup Sebagai Islam, Wanita Baru Perasan Didaftar Sebagai Agama Kristian Dalam Sijil Kelahiran

Seorang wanita berumur 27 tahun di Sabah yang di besarkan dengan agama Islam tidak menyangka selama ini dirinya berdaftar di bawah agama Kristian.

Wanita yang dikenali sebagai Farhana itu berkongsikan hal tersebut di TikTok dan mengetahui hal tersebut ketika memperbaharui sijil kelahiran pada usia 27 tahun, baru-baru ini.

Advertisement

Semua ini terjadi kerana sebelum ini agamanya tidak tertera dalam sijil kelahiran lama serta tidak perasan dan terlepas pandang hal terbabit di kad pengenalannya.

Biarpun terkejut dengan situasi tersebut kerana bapa beragama Islam, tetapi wanita tersebut menjelaskan kekeliruan tersebut berlaku mungkin kerana ibunya merupakan seorang mualaf.

Ayah saya memang orang Islam, ibu saya Kristian. Tapi ibu saya sudah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin.

Dalam pada itu, dia berkata status keagamaan ibu di sijil kelahiran memang beragama Kristian dan kenyataan tersebut tidak boleh ditukar biarpun sudah menganut agama Islam kerana perlu ikut agama asal ibunya.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih 30,000 tanda suka dan lebih 1 juta tontonan di tonton oleh pengguna platform tersebut.

Behati baju melayu
2 years ago

"Rosak Busana Tradisional.." - Baju Melayu Dikutuk Buruk, Siap 'Runway' Di Tengah Kesesakan Jalan Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...