Semalam telah pun berlangsung Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam di Istana Besar Johor Bahru. Walaupun sekadar menatap gambar sahaja, Abang Nara dapat merasakan kemeriahan majlis ini. Kedua-dua pengantin diraja kelihatan amat berseri-seri. Bak pinang dibelah dua.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, kerabat diraja Pahang dan ramai lagi. Turut memeriahkan majlis ialah barisan pemain dan pengurusan pasukan bola sepak JDT.
Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam. Semoga dikurniakan zuriat yang ramai dan kebahagiaan yang kekal abadi. Tahniah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Southern Tigers.