27.94% Kes Kebankrapan Di Malaysia Ialah Kerana Gagal Bayar Semula Pinjaman Kenderaan

Trending

27.94% Kes Kebankrapan Di Malaysia Ialah Kerana Gagal Bayar Semula Pinjaman Kenderaan

Satu dari empat kes kebangkrapan di Malaysia ialah disebabkan ingkar dalam pembayaran semula pinjaman kenderaan.

Menurut statisik dari Jabatan Insolvensi, yang diberitahu kepada theSun, 27.94% atau 28,374 kes kebangkrapan yang direkodkan oleh jabatan itu dalam tempoh 2011 -2015 jatuh dalam kategori tersebut.

Advertisement

bankrupt

Laporan itu juga memaklumkan sebab-sebab utama kebangkrapan yang lain iaitu pinjaman perumahan (21,697 kes, atau 21.36%), pinjaman peribadi (20,727 kes, atau 20.41%) dan pinjaman perniagaan (11,899 kes, atau 11.71%).

Dengan jumlah keseluruhan 101,537 kes yang dikendalikan oleh jabatan itu dalam masa lima tahun iaitu dari 2011 hingga 2015, terdapat peningkatan kes antara 2011 dan 2014, iaitu dari 19,167 kepada 22,351 kes. Bagaimanapun, jumlah itu menurun pada 2015 dengan hanya 18,547 kes dilaporkan. Menurut laporan itu lagi:

Majoriti kes dicatatkan berlaku di Selangor, dengan 29,421 kes antara  2011 dan 2015, diikuti Wilayah Persekutuan (14,479 kes) dan Johor Bahru (14,064 kes).

Statistik itu juga menunjukkan negeri Perlis mempunyai kadar kebankrapan terendah dengan 343 kes.

Dalam tempoh lima tahun yang sama, statistik itu menunjukkan bahawa 35.24% kes kebankrapan melibatkan individu berumur 35 dan 44.

Kebankrapan melibatkan individu berusia 25 dan 34 terdiri dari 22.52% kes-kes tersebut, manakala hanya 1.25% kes melibatkan individu di bawah umur 25 tahun. –amazingnara.com 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...