263 Kilometer Dalam Masa 36 Jam, Pelari Ini Buktikan Maraton Juga Boleh Dilakukan Di Dalam Rumah

Kehidupan

263 Kilometer Dalam Masa 36 Jam, Pelari Ini Buktikan Maraton Juga Boleh Dilakukan Di Dalam Rumah

Netizen berasa kagum dengan seorang pelari Malaysia apabila melihat video yang dikongsi pelari tersebut yang mampu mengharungi maraton penuh hanya di dalam rumahnya.

Yim Heng Fatt memulakan larian di dalam rumahnya pada pukul 6 pagi dengan berlari sepanjang laluan 50 meter dan mengambil masa untuk berehat dengan melakukan aktiviti makan dan mandi.

Advertisement

dalam rumah

Pelari ini menamatkan pencapaiannya dengan 263 kilometer larian dalam tempoh masa 36 jam.

Yim menamatkan larian di kilometer tersebut kerana mengikut simbolik kepercayaan masyarakat Kantonis angka 263 bermaksud “kehidupan yang berpanjangan”.

jam tangan

Dalam video tersebut, Yim menunjukkan laluan 50 meter di dalam rumahnya. Laluan tersebut merangkumi kawasan ruang tamu, ruang dapur dan ruang makan di tingkat bawah rumah.

Ini merupakan antara cara Yim untuk membuktikan bahawa jiwa seorang pelari akan tetap menjalankan rutin larian mereka meskipun berada di dalam rumah. Seorang pelari juga seharusnya kekal aktif sepanjang masa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah alasan utama.

lari dalam rumah

Yim turut memberitahu beberapa kelebihan yang diperoleh jika melengkapkan maraton di rumah. Sekiranya seseorang membuat larian di rumah, dia mampu untuk mengawal suhu di rumah berbanding jika membuat larian di luar.

Jika keadaan di rumah terasa panas, pelari boleh meningkatkan tahap kipas atau menurunkan suhu pendingin hawa. Selain itu, Yim juga berjenaka jika maraton tanpa memakai pakaian yang sopan juga dibenarkan kerana tiada siapa akan melihat.

peti sejuk

Beberapa gambar yang dikongsi menunjukkan ‘water station’ yang disediakan seperti mana acara maraton lain yang dianjurkan. Ini membantu Yim untuk terus mengekalkan tenaganya di tahap yang optimum ketika membuat larian.

Di setiap 50 kilometer yang berjaya diselesaikan, Yim akan ‘menghadiahkan’ dirinya dengan minuman bir yang sejuk. Netizen memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan Yim.


Baru-baru ini kita dapat membaca berita berkenaan beberapa individu yang ditahan berjogging di luar kawasan rumah dan tidak mematuhi arahan PKP. Usaha seperti Yim ini wajar diikuti oleh semua untuk kekal cergas meskipun berada di rumah sepanjang masa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...