“260,000 Peminjam PTPTN Disenaraikan, Antara Yang Dilarang Keluar Negara” – Jabatan Imigresen

Trending

“260,000 Peminjam PTPTN Disenaraikan, Antara Yang Dilarang Keluar Negara” – Jabatan Imigresen

Jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran semula dilarang ke luar negara meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST).

Advertisement

Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Imigresen, seramai 707,304 dilarang meninggalkan negara setakat ini bagi 2016, dan peminjam PTPTN yang paling ramai dengan 261,833 kes. Tahun lalu, terdapat 55,839 peminjam dilarang ke luar negara.

Kumpulan kedua terbesar rakyat Malaysia yang disenaraihitamkan tidak boleh ke luar negara ialah mereka yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi dengan 212,927 kes sementara 128,187 orang yang tidak membayar cukai berada dalam kumpulan ketiga terbanyak.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata peningkatan jumlah mereka yang disekat ke luar negara disebabkan mereka tidak sedar nama sudah disenaraihitamkan dan menjadi antara sebab perjalanan tertangguh di lapangan terbang.

“Mereka tiba di lapangan terbang tanpa tahu status mereka dan akhirnya menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk,” katanya.

Jumlah akan terus meningkat dengan penambahan agensi yang meminta jabatannya menghentikan sesiapa yang tidak membayar hutang tertentu supaya tidak dapat ke luar negara.

“Nama individu berkenaan akan diletakkan dalam Senarai Suspek, yang semakin bertambah setiap hari.

“Sistem eGate kami akan melalui pangkalan data dan nama yang ada dalam senarai itu tidak akan dibenarkan berlepas. Sistem itu tidak akan menyertakan butiran mengapa mereka tidak dibenarkan ke luar negara.

“Individu yang disenaraihitamkan itu kemudian akan dibawa ke kaunter lain dan diberikan nombor agensi berkaitan,” katanya.

Menurut Jabatan Imigresen, jumlah mereka yang ada dalam senarai itu juga meningkat lebih 250,000 berbanding tahun lalu.

Mustafar mendesak mereka yang mahu ke luar negara untuk memeriksa status mereka sebelum melakukan perjalanan supaya tidak menimbulkan masalah di lapangan terbang atau pintu keluar masuk yang lain, menerusi laman web jabatan itu.

Ratusan individu menghadapi kesukaran di kaunter imigresen di KLIA dan Klia2 sejak Jun tahun ini sehingga mendapat liputan media dan ramai yang tidak berpuas hati hingga menjadikan media sosial sebagai tempat melepas perasaan kecewa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...