(26 GAMBAR)Majlis Persembahan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ Di Dataran Merdeka, Sabtu Lepas

Trending

(26 GAMBAR)Majlis Persembahan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ Di Dataran Merdeka, Sabtu Lepas

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri majlis persembahan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ di Dataran Merdeka di sini, Sabtu malam.Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet serta duta-duta asing.

Photobucket
Majlis persembahan penuh tradisi dan kebudayaan membabitkan tari dan seni pertahanan diri, yang dijayakan 632 peserta daripada pelbagai persatuan kesenian, diadakan bersempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Persembahan itu terbahagi kepada empat segmen iaitu Kegemilangan Istana, Dari Rakyat Kepada Raja, Kreatif dan Tarian Rakyat dan Dirgahayu Tuanku. Ia dimulakan dengan perarakan diraja bermula dari Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke Dataran Merdeka yang didahului dengan seekor gajah disertai dengan tiupan Tetuang yang melambangkan raja-raja Melayu dahulu kala.

Advertisement

Seterusnya, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan melafazkan Warkah Sumpah Taat Setia Rakyat, yang ditulis dalam Jawi di atas sekeping kulit, bagi menyatakan kesediaan rakyat mendokong dan mempertahankan institusi raja berperlembagaan. Persembahan penuh warna-warni kira-kira satu setengah jam itu turut diserikan dengan persembahan artis popular termasuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Noraniza Idris. Kemuncak acara dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama lima minit sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka berdua. Upacara penutup majlis diserikan dengan Persembahan Khalayak oleh artis dari pelbagai bangsa antaranya Ning Baizura, Awie, Jimmy Palikat, Reshmonu dan Suki. Sementara itu, rata-rata pengunjung kagum menyaksikan acara itu yang dilakukan dengan penuh adat istiadat diraja. Lagi 26 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Teks asal BERNAMA, kredit gambar Ezlina Alias.


Photobucket

En. Saifulkhairi Ahmad Hasibuan, Edlynna Hanie Hamid dan Terrence Joseph Dass bergandingan
selaku Pengacara Majlis untuk Persembahan 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Team JKKN yang bertanggungjawab terhadap aturan persembahan sepanjang majlis sedang mengikuti
taklimat dari Dato' Norliza Rofli untuk memastikan kelancaran.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

En. Mohd Radzi Omar memainkan peranan dengan baik malam tu selaku Memanda Menteri.

Photobucket

Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
bersama Dato' Norliza Rofli sedang tekun sewaktu Raptai 1.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bermula Jika Raja Bergajah, Temenggung Di Kepala Gajah, Laksamana Atau Seri Bija 
Diraja Di Belakang, Bentara Memikul Pedang Kerajaan. Adapun Jika Mengadap Nobat, 
Barang Orang Besar-Besar Dari Kiri Gendang; Barang Orang Kecil Dari Kanan Gendang. 

Adapun Yang Kena Sirih Nobat Pertama Bendahara Dan Anak Raja-Raja, Dan Penghulu 
Bendahari, Dan Temenggung, Dan Menteri Keempat, Dan Kadi, Dan Pakeh, Dan Laksamana,
Seri Bija Diraja, Dan Sida-Sida Yang Tua-Tua…

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

En. Zulkarnain Ramly selaku Pembesar membawakan Warkah lafaz taat setia tersebut memberikan
maksud yang tersirat bahawa rakyat malaysia terus mendokong dan akan mempertahankan institusi
raja berperlembagaan. Warkah lafaz ikrar menjunjung kasih dan taat setia sempena Pertabalan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 14 di tulis dengan tangan dalam tulisan jawi di
atas sekeping kulit. Pemegangnya di buat dari kayu yang berukir secara langsung mencerminkan
bahawa kedaulatan Raja-raja tetap terpelihara dan tetap unggul di nusantara.

Photobucket

Noraniza Idris dan Sali Bahbola utk 'Ayuh Juragan'

Photobucket

Jamal Abdillah dan Dennis Lau dgn 'Gadis Malaysia'

Photobucket

Halim Yazid bersama Kumpulan Kesenian JKKN dgn Dikir Kreatifnya

Photobucket

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

5 Comments

  1. natural breast enlargement cream

    April 20, 2013 at 10:33 am

    constantly i used to read smaller content which
    as well clear their motive, and that is also happening with this piece of writing which I am reading here.

  2. I don’t even know how I ended up here, but I thought this post was good. I do not know who you are but definitely you’re going to a famous blogger if you
    are not already ;) Cheers!

  3. Wilmer

    November 4, 2012 at 11:52 pm

    You’ve made some really good points there. I checked on the internet to learn more about the issue and found most people will go along with your views on this site.

  4. penguin zophren

    September 17, 2012 at 4:10 pm

    Magnificent beat ! I wish to apprentice whilst you amend your website, how could i subscribe for a weblog website? The account helped me a appropriate deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast provided shiny clear idea

  5. accredited life coaching courses

    September 17, 2012 at 3:26 pm

    I want to show my passion for your generosity for individuals who must
    have help with this important issue. Your real dedication to getting the
    message along appears to be surprisingly powerful and has frequently permitted many people much like
    me to arrive at their ambitions. This useful hints and tips indicates much a person like me and additionally to my office
    workers. Best wishes; from everyone of us.