Hanya dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan Kristal, Rody sah bergelar suami kepada penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman ataupun lebih dikenali sebagai Niena Azman dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Kulai, Johor pada 27 April lalu.
Niena menerima mas kahwin berjumlah RM 111 dan wang hantaran RM 11,11,11. Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada pihak lelaki.
Rody menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya itu berjalan dengna lancar dan mengakui ia adalah hari paling bersejarah buat dirinya. Beliau berjanji akan cuba membimbing Niena dengan baik.
Semalam, pasangan pengantin baru ini telah mengadakan majlis resepsi di Dewan Raya Kulai. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dan dihadiri oleh rakan artis, teman rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak. Rody dan Niena tampil begitu elegan dengan busana berwarna biru gelap.
Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah serta resepsi perkahwinan Rody dan Niena dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : LVP.co & Mega Bridal Collections