250 Juta Kanak-Kanak Dilaporkan Akan Menjadi Obes Menjelang Tahun 2030

Kehidupan

250 Juta Kanak-Kanak Dilaporkan Akan Menjadi Obes Menjelang Tahun 2030

Obesiti sering dikaitkan dengan penyakit kronik iaitu penyakit hipertensi, kolesterol tinggi, masalah pernafasan, tulang sendi dan masalah kencing manis pada usia muda yang boleh menyebabkan kematian pramatang.

Apakah punca obesiti?

Memandang masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ini mula wujud di era permodenan, pakar berpendapat bahawa berkemungkinan penyakit ini berpunca daripada kemudahan akses untuk membeli makanan segera. Selain peningkatan penggunaan komputer, peralatan mudah alih dan peningkatan penggunaan kenderaan bermotor.

Advertisement

Selain itu, berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health pada tahun 2010, masalah obesiti juga adalah berpunca daripada genetik kanak-kanak yang diperoleh daripada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama. Iaitu mereka juga berdepan sebanyak empat atau lima kali ganda risiko untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Gambar Hiasan

Percaya ataupun tidak, dalam memastikan kanak-kanak dan remaja mempunyai kualiti kesihatan terbaik, segala keputusan yang dibuat oleh orang dewasa merupakan salah satu faktor penentu bagi mencapai matlamat tersebut. Pembelajaran gaya pemakanan yang sihat juga sering tidak diendahkan oleh ibu bapa. Hal ini kerana kebanyakan dari mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan subjek ini.

Lebih daripada 250 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia akan menjadi obes menjelang tahun 2030?

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa masalah obesiti kanak-kanak meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan. Ini apabila rekod menunjukkan jumlah kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan di bawah usia lima tahun adalah melebihi 41 juta orang pada tahun 2016.

Setakat ini WHO menjangkakan bahawa China akan mengungguli kedudukan teratas dalam senarai negara yang mempunyai ramai kanak-kanak dan remaja obesiti. Namun, peningkatan mendadak ini bukan hanya akan dialami oleh negara China, malah 42 buah negara lain juga tidak ketinggalan termasuk Malaysia.

Oleh itu, Persekutuan Obesiti Sedunia (WOF) telah menganggarkan bahawa Malaysia akan mempunyai kanak-kanak dan remaja obesiti melebihi 1 juta individu menjelang 2030.

Apakah kesannya kepada negara? 

obese

Untuk pengetahuan anda, peningkatan ini bakal mencabar kebolehupayaan sektor kesihatan dalam menguruskan hal berkaitan dengan peningkatan bilangan pesakit kronik yang berpunca daripada meningkatnya jumlah pesakit obesiti.

Menurut pakar, jika perkara ini dibiarkan berleluasa, sektor kesihatan negara yang terlibat tidak akan mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam memastikan kesemua pesakit obesiti mendapat rawatan yang sepatutnya.

Kita juga akan kehabisan stok insulin. Selain itu, pakar bedah bariatrik tidak akan menang tangan dalam menguruskan jumlah pesakit yang memilih untuk menjalani pembedahan bagi membantu pengurangan berat badan mereka.

Masalah obesiti ini jelas membahayakan dan perlu diambil serius terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Cukuplah negara kita tersenarai negara tergemuk di Asia Tenggara, jangan pula kita bawa reputasi ini ke pentas dunia. Ibu bapa dan guru perlu memberikan didikan awal berkenaan dengan gaya pemakanan sihat kepada anak-anak.

Marilah kita wujudkan masyarakat bebas masalah obesiti untuk kesejahteraan bersama.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...