Difahamkan daripada laporan media, Murai, penyanyi, Shila Amzah tidak mahu lagi mendiamkan diri susulan isu membuli ataupun penderaan yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat.
Tak asing dengan isu membuli
Sebagai seorang penyanyi yang sudah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 25 tahun dalam industri hiburan, Shila mengakui dirinya tidak asing dengan isu-isu berkaitan membuli.
Susulan trauma lama itu, penyanyi berkenaan mendapat kekuatan untuk tampil mempertahankan diri apabila dibuli secara fizikal, mental ataupun lisan.
View this post on Instagram
Menurutnya, terdapat dua perkara yang tidak boleh diterima di dalam hidup iaitu penderaan serta membuli kerana ia meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya sejak dulu lagi.
Individu dibuli perlu berani lawan ketidakadilan
Tambahannya lagi, dia mahukan individu yang mengalami nasib yang sama seperti dirinya untuk tampil pertahankan diri juga serta berani melawan ketidakadilan.
Sekadar info, sebelum ini tular isu panas mengenai penyanyi rock lagenda, Amy Search menyerang Shila Amzah secara lisan hanya kerana dituduh ikut campur urusan keluarga.