25 Sudu Gula Dalam Setiap Hidangan, Minuman Starbucks Antara Paling Tak Sihat. Mengejutkan!

Trending

25 Sudu Gula Dalam Setiap Hidangan, Minuman Starbucks Antara Paling Tak Sihat. Mengejutkan!

landscape-1436899547-delish-starbucks-drinks-flickrMinuman Coke dan air bergas mengandungi 9 sudu gula dan ia sudah dianggap tinggi dan tidak berkhasiat.

Namun, tanpa kita sedar ada banyak lagi minuman lain yang mengandungi kandungan gula 3 kali ganda.

Advertisement

Menurut laporan The Independent, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh “Action On Sugar” di Britain mendapati, kandungan gula yang ada dalam minuman-minuman tersebut sangat mengejutkan.

Kira-kira 98 peratus minuman itu mengandungi terlalu banyak gula dan harus diberikan“label merah” kerana ia berbahaya untuk kesihatan.

FAKTA: Minuman berperisa buah mengandungi 25 sudu gula

the-9-highest-calorie-drinks-you-can-get-at-starbucks

Kumpulan itu mengkaji 131 minuman panas termasuk kopi, mocha, latte, minuman buah dan coklat di kedai kopi popular dan rangkaian restoran makanan segera di negara tersebut.

Kajian mendapati satu pertiga daripada jenis-jenis minuman panas tersebut mengandungi gula lebih tinggi daripada jumlah 9 sudu di dalam Coke.

Salah seorang penyelidik berkata, tidak hairanlah kadar kegemukan paling tinggi adalah di Eropah.

FAKTA: Minuman lain di Starbucks mengandungi 20-22 sudu gula

starbucks_2719042b

Minuman Starbucks adalah yang paling tinggi kandungan gulanya iaitu 25 sudu dalam setiap hidangan air anggur bersaiz venti, dan air buah berperisa oren dan kayu manis.

Minuman-minuman lain pula mengandungi antara 20 hingga 22 sudu gula.

Minuman latte syarikat Costa Coffee mengandungi 20 sudu gula, sementara mocha syarikat KFC mengandungi 15 sudu gula, sama seperti coklat panas Starbucks.

Susulan kajian tersebut, Starbucks and Costa berjanji akan menurunkan kandangan gula di dalam minuman mereka agar lebih sihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Rasdam Mewangi

    May 6, 2016 at 7:09 pm

    Buat sendiri lagi best..