25 Hari Berada Di Tengah Lautan, Pasangan Ini Tidak Sedar Wabak COVID-19 Sudah Merebak Ke Seluruh Dunia

COVID-19

25 Hari Berada Di Tengah Lautan, Pasangan Ini Tidak Sedar Wabak COVID-19 Sudah Merebak Ke Seluruh Dunia

Wabak COVID-19 yang mula menyerang penduduk dunia hujung tahun lalu telah menjangkiti lebih 2 juta orang dan mengakibatkan lebih 100,000 kes kematian di seluruh dunia. Selain kes yang dilaporkan, terdapat banyak kisah berlaku disebalik musibah COVID-19 ini.

Ada juga segelintir  yang tidak menyedari bahawa virus ini telah merebak terlalu pantas sejak mula tular di Wuhan, China.

Advertisement

Sepasang suami isteri yang belayar merentasi beberapa lautan sama sekali tidak menyangka wabak COVID-19 ini telah menjangkiti ke seluruh dunia. Pasangan ini sering keluar belayar bersama selepas kedua-duanya berhenti kerja pada 2017.

pelabuhan

Gambar hiasan

Pelayaran Elena Manighetti dan Ryan Osborne bermula selepas mereka meninggalkan Kepulauan Canary pada akhir Februari lepas. Mereka kemudian merancang untuk belayar hingga ke St Vincent. Sebelum meninggalkan Kepulauan Canary, pasangan ini sudah mengetahui tentang adanya kemunculan wabak terbaru dari China.

Tetapi untuk mengelakkan pelayaran mereka terganggu, pasangan ini tidak mahu mengetahui sebarang berita buruk yang disampaikan oleh ahli keluarga. Namun, mereka dikejutkan tentang wabak COVID-19 yang semakin menular apabila mereka ingin berlabuh di Carribean.

belayar

Ketika menghampiri Carribean, pasangan ini telah diberitahu tentang tindakan penutupan sempadan untuk menbendung penularan wabak ini.

Akibatnya, banyak pelabuhan yang tidak membenarkan mereka berhenti kerana perintah berkurung yang dijalankan di beberapa negara. Sangkaan mereka wabak COVID-19 akan berakhir dalam masa tempoh pelayaran mereka tamat. Setelah mengetahui banyak pelabuhan dan pulau-pulau ditutup, ternyata wabak ini sangat bahaya kepada semua orang.

pelayar

Memandangkan Manighetti adalah warganegara Itali, pihak berkuasa tidak membenarkan pasangan ini mendarat kerana situasi wabak COVID-19 di Itali pada hari ini amat serius dan sudah menjangkiti lebih 100,000 pesakit. Akhirnya mereka bernasib baik kerana setelah menunjukkan sejarah laluan perjalanan di GPS mereka diberi kebenaran berlabuh.

Pasangan ini membuktikan bahawa mereka berada di laut lebih 25 hari dan tanpa sedar melakukan “kuarantin” sendiri di tengah laut. Setelah berlabuh mereka ditempatkan di Bequia, St Vincent. Perjalanan mereka dihentikan seketika kerana larangan untuk keluar sehingga keadaan kembali reda.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...