Terdapat pelbagai jenis bunga Sakura di Jepun, ada yang menghasilkan buah dan ada yang tidak. Orang-orang jepun memberikan perhatian pada waktu bila bunga-bunga Sakura ini akan mekar untuk festival bunga Sakura, di mana keluarga, pasangan atau individu di Jepun akan berkelah di taman atau di bawah pokok Sakura untuk melihat bunga-bunga Sakura ini.