Sila jangan emosi kerana Abang Nara berkongsi banyak gambar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna ini. Bukan apa, seronok tengok wajah-wajah gembira mereka yang terlibat di dalam majlis ini. Teringat kenangan Abang Nara berkahwin dulu. Memang tersenyum je sepanjang masa.
Pasangan pengantin baru ini memang sama cantik sama padan sungguh. Pastinya 3,000 orang tetamu yang menghadiri majlis ini sangat gembira dapat melihat Ustaz Don dan isterinya. Tak sabar rasanya nak menunggu majlis sebelah pihak pengantin lelaki pada 1 September ini. Confirm meriah jugak.
Lagi 23 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Nadia Zahari Photography.