(25 GAMBAR)Khairy Jamaluddin & Selebriti-Selebriti Tempatan Meriahkan Senamrobik Merdeka

Hiburan

(25 GAMBAR)Khairy Jamaluddin & Selebriti-Selebriti Tempatan Meriahkan Senamrobik Merdeka

Isnin 2 September 2014 baru-baru ini Lebih 1200 orang telah menyertai acara Senamrobik Merdeka anjuran stesen ERA fm bersama penyampai-penyampai segmen JoHaRa Pagi ERA semalam bersamaan 1 September 2014. Acara yang bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar 10 pagi menyaksikan aktiviti-aktiviti senaman seperti Zumba serta pelbagai gaya senaman yang di ketuai oleh juru tari terkemuka Alam Wakaka.

eraSelain itu, turut memeriahkan lagi acara Senamrobik Merdeka semalam adalah barisan artis-artis tempatan seperti Elfira Loy, Forteen, Hanie Soraya, Azhael, Amira (AF 2013), Aisyah (AF 2013), Nomad, Fida Ibrahim serta ramai lagi selebriti menyertai aktiviti sihat ini. Turut memeriahkan lagi Senamrobik Merdeka semalam seperti Raja Syahiran (Pemenang Bakat JoHaRa 1) , Hafifi Mansor (Pemenang Pingat Emas Sukan Komanwel), dan Adik Rykarl (Kobe).

Advertisement

Menjadi tumpuan orang ramai apabila, YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah melakukan lawatan secara mengejut di laman Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Beliau tidak ketinggalan menyertai Senamrobik Merdeka bersama-sama orang ramai.
eraSempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun ini. Ini merupakan suatu keunikan yang dianjurkan oleh stesen ERA fm apabila menggabungkan suatu semangat kemerdekaan dan kesukanan bersama-sama pendegar. JoHaRa Pagi ERA juga telah bersiaran secara langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa sambil bersenam.

Pihak ERA fm merasa sangat gembira melihat sambutan yang cukup meriah apabila jumlah peserta Senamrobik Merdeka yang dianjurkan semalam seperti di luar jangkaan. Keseronokan suasana menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57 bersama-sama penyampai JoHara Pagi ERA bukan sahaja dirasai oleh pedengar ERA fm sendiri, malah barisan penyampai ERA fm turut berasa bangga apabila acara sebegini mendapat sambutan hebat dari para selebriti, para pengunjung dan pendengar ERA fm!

eraInilah masanya untuk anda sentiasa dengan gaya yang sihat dan cergas! Selain berpeluang menunjukkan semangat cintakan negara di sana, anda juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti kesihatan dengan menjalankan aktiviti senaman bersama-sama selebriti popular tanahair. Lagi beberapa gambar sekitar senamrobik merdeka bersama JoHara Pagi ERA dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...