Janji dan hasrat Shuib sepahtu pada isterinya Siti Sarah untuk bersanding buat pertama kali akhirnya tercapai semalam selepas enam tahun mereka mendirikan rumah tangga. Majlis persandingan mereka yang cukup meriah itu diadakan di Bora Ombak, Putrajaya dan dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat dan beberapa rakan artis pasangan tersebut.
Shuib tampak begitu segak sekali dengan sut serba hitam. Sarah pula begitu anggun mengenakan busana berwarna krim dan perak hasil rekaan Arma Couture.
Difahamkan, Shuib turut membuat kejutan romantis  dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada Sarah semasa menyanyikan lagu berjudul Aku Lelakimu.
Wah, akhirnya hasrat mereka untuk bersanding tercapai juga bukan? Kami doakan agar Shuib dan Siti Sarah terus kekal bahagia begini sehingga akhir hayat mereka.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis persandingan Shuib dan Sarah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : Dahlia Production