(25 FOTO) Sekitar Majlis Perkahwinan Amir Raja Lawak

Hiburan

(25 FOTO) Sekitar Majlis Perkahwinan Amir Raja Lawak

Hujung minggu lepas, kita dapat menyaksikan beberapa selebriti telah mendirikan rumah tangga. Selain daripada Hanez Suraya dan Fad Bocey, seorang lagi pelawak iaitu Amir telah sah bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz pada tanggal 14 Mac lepas.

Hanya dengan sekali lafaz, Intan telah sah menjadi isteri kepada Amir kira-kira jam 5.30 petang di kediaman pihak perempuan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Advertisement

Intan telah dinikahkan sendiri oleh bapanya Shaari Sabri disaksikan oleh jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah, Mahmud Ahmad. Amir memberikan wang hantaran sebanyak RM 13,000 serta mas kahwin berjumlah RM300.

Majlis resepsi sebelah perempuan telah diadakan pada 15 Mac semalam, manakala majlis disebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kelantan pada 2 April depan.

Tahniah kami ucapkan kepada Amir Raja Lawak dan isteri, layari bahtera rumah tangga dengan penuh rasa cinta dan sikap toleransi. Semoga kekal selamanya.

Ayuh kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan Amir Raja Lawak dan Nur Intan Syafinaz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: Murai

Sumber Foto: Instagram Amir Raja Lawak

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...