Syukor Khamis atau turut dikenali dengan nama gelaran “Mowgli Malaysia” kerana gambarnya bersama kerbau peliharaan menjadi viral tahun lalu telah pun berkongsi satu berita yang cukup menyayat hati. 25 ekor kerbau yang dijaga olehnya telah pun mati, dipercayai kerana wabak.
Berita sedih yang dikongsikan oleh Syukor itu mula tular di media sosial sejak pagi ini dan ramai yang mula mengucapkan takziah kepadanya. Salah seorang daripadanya ialah Menteri Agama/bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut berduka atas berita ini:-
Apa pun, diharap pihak yang berkaitan akan datang memeriksa keadaan sekitar tempat kejadian untuk mengelakkan lebih banyak haiwan mati begitu sahaja. Semoga segala urusan dipermudahkan.