Pempengaruh muda yang diumumkan meninggal dunia secara tragis bersama abangnya, tiba-tiba ‘hidup kembali’ dan muncul menepis dakwaan kematiannya.
Lil Tay yang juga merupakan seorang rapper itu menerusi satu kenyataan berkata, dia dan abangnya itu masih hidup dan berada dalam keadaan selamat.
Tapi saya sangat patah hati dan tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaan ini kerana telah menerima terlalu banyak respon sedih selepas mendengar berita saya meninggal dunia. Ini adalah 24 jam yang sangat trauma.”
Lil Tay turut mendakwa kewujudan pihak ketiga yang menggodam akaun Instagram serta menyebarkan berita palsu kematiannya.
Tambahnya, penggodam itu juga turut membuat kesalahan pada nama sebenarnya iaitu Tay Tian tetapi menerusi hantaran tersebut dia menulis nama Claire Hope.
Terdahulu, pengumuman ‘kematian’ Lil Tay dan abangnya dimaklumkan menerusi Instagram miliknya pada 10 Ogos lalu namun bapanya dilaporkan tidak mahu mengesahkan berita itu.
Pihak berkuasa juga akui tidak mendapat maklumat atau apa-apa laporan berhubung kematian pempengaruh berusia 14 tahun berkenaan.
Berita tersebut menjadi bualan ramai di media sosial di mana ramai tidak mempercayai bahawa Lil Tay sudah meninggal dan menuduh ia adalah gimik publisiti murahan semata-mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.