Walaupun pertunangan mereka pernah dilanda badai, pernikahan Betty Banafe dengan suaminya Bruce Dargus telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan sekali lafaz tepat jam 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.
Majlis persandingan mereka dikatakan akan berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru. Tahniah diucapkan dari kami di BeautifulNara.com. Lagi 23 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Saza Studio.