Selamat pagi Isnin semua!!! Marilah kita mulakan minggu ini dengan menatap gambar-gambar keluarga bahagia Norman Hakim dan Memey Suhaiza ketika menyambut hari jadi anaknya, Mohamed Darwisz di Taman Layang-Layang Kepong. Seronok Abang Nara melihat senyuman, kemesraan dan kebahagiaan keluarga ini. Abby Abadi turut sama hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Khabarnya Abby hadir bersama seorang ustaz. Mungkin teman baru?
Nanti anak Abang Nara dah besar sikit nak buat jugaklah majlis hari jadi macam ini. Pasti anak-anak seronok berlari di tengah padang sambil main buih. Tak ada terbatas pergerakan. Boleh bermain sampai penat. Tetamu pun boleh santai sambil celebrate hari jadi. Macam best je kan?
Semoga Darwisz membesar menjadi anak yang soleh. Semoga kebahagiaan keluarga ini akan terus berkekalan buat selama-lamanya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook The Photolicious dan Instagram The Photolicious.