Apakah yang akan terjadi apabila Man Kida, Hillary Ang, Joe Wings dan Kid Search bergabung tenaga? Jawapannya sudah tentu satu konsert yang sangat hebat dan meruntun jiwa raga para peminat mereka. Rata-rata peminat yang hadir ke konsert G4 Petikan Legasi pada 30 September lalu menyatakan rasa puas hati mereka dengan mutu persembahan yang ditunjukkan oleh 4 gitaris lagenda ini.
Walaupun harga tiket dijual dengan agak tinggi iaitu RM100 dan RM120, ribuan penonton tetap hadir kerana bukan senang untuk melihat dengan mata sendiri petikan-petikan gitar daripada 4 orang gitaris terhebat Malaya ini. Sudah tentu sorakan yang paling hebat kedengaran apabila Man Kidal menunjukkan kehebatan petikan gitarnya secara solo. Memang naik sheikh dibuatnya.
22 lagi gambar sekitar konsert G4 Petikan Legasi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Natrah daripada Hazelnart Photography Studio yang sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini.
fahmi98
October 3, 2012 at 4:39 pm
Tak tau pun ada konsert ni. Kurang publisiti ker, tapi tgk macam penuh. Kalau tau sure join. Mana nak dapat info utk next konsert?
shilla
October 3, 2012 at 4:36 pm
klu yngwie malmsteen join skali mesti lagi gempak !
honey
October 3, 2012 at 2:15 pm
mantap….sygnya aku duk jauh (T_T)
Selitone
October 3, 2012 at 12:33 pm
SEPATUTNYA… G5 atau G6
kenapa? kerana perlu adanya pelapis…
Selit ler sorang dua pelapis muda… betul tak?
Tapi… yer laaahh… bisnes is bisnes… tapi kalau sesekali sedikit ruang diberikan sebagai peluang dan promosi kepada pelapis muda yang berbakat apa salahnya kan?
Kepologi
October 3, 2012 at 12:32 pm
dh nmpk tua ye dia org ni..tpi masih rock…
yeh...yeh....
October 4, 2012 at 12:43 am
muzik rock malaysia tetap terbaik…syabas kepada semua yg terlibat…. harap ada pelapis2 yg akn mnjadi pnganti mereka2 ni semua..dn harap muzik rock dn seni hiburan malaysia tk mati dn tk trkubur begitu saja……