Apakah yang akan terjadi apabila Man Kida, Hillary Ang, Joe Wings dan Kid Search bergabung tenaga? Jawapannya sudah tentu satu konsert yang sangat hebat dan meruntun jiwa raga para peminat mereka. Rata-rata peminat yang hadir ke konsert G4 Petikan Legasi pada 30 September lalu menyatakan rasa puas hati mereka dengan mutu persembahan yang ditunjukkan oleh 4 gitaris lagenda ini.
Walaupun harga tiket dijual dengan agak tinggi iaitu RM100 dan RM120, ribuan penonton tetap hadir kerana bukan senang untuk melihat dengan mata sendiri petikan-petikan gitar daripada 4 orang gitaris terhebat Malaya ini. Sudah tentu sorakan yang paling hebat kedengaran apabila Man Kidal menunjukkan kehebatan petikan gitarnya secara solo. Memang naik sheikh dibuatnya.
22 lagi gambar sekitar konsert G4 Petikan Legasi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Natrah daripada Hazelnart Photography Studio yang sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini.