Pulang dari umrah baru-baru ini, Hanez Suraya dilihat telah tampil dengan imej bertudung. Perubahan dan penghijrahan ini mendapat reaksi yang amat positif daripada para peminat pelakon ini. Ramai yang mendoakan agar Hanez terus istiqamah menutup aurat. Malah ramai yang memuji kecantikan dan kejelitaan Hanez bertudung. Gaya tudung yang dikenakan juga sesuai dengan paras rupa Hanez.
Cantik kan? Hanez Suraya turut sama meminta para peminat mendoakan agar dirinya diberi kekuatan untuk meneruskan penampilan bertudung ini. Insya Allah Hanez akan diberikan kecekalan dan ketabahan hati. Benda yang baik selalunya dipermudahkan. Kata Hanez Suraya:-
Memang sejak ke sana (umrah), hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.
Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jalan sudah ada, sama ada saya nak teruskan atau tidak.
Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. “Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu… nampaklah.
Insya Allah Hanez Suraya akan diberikan kekuatan untuk beristiqamah dalam bertudung dan menutup aurat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Berita Harian.
P.S: Muat turun applikasi SetelKahwin untuk memantau persediaan perkahwinan anda. Lebih bijak, lebih jimat masa dan lebih terancang.Â