Semalam, majlis resepsi perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli berlangsung dengan cukup meriah sekali. Kata orang, sesiapa yang berada di majlis berkenaan terpukau dengan keindahan majlis mereka yang bertemakan ala “Fairytaleâ€.
Amar dan Amyra tampak seperti “Prince Charming†dan “Princess†apabila mengenakan busana eksklusif hasil pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Lebih membuatkan majlis berkenaan seperti di alam kayangan ialah kek perkahwinan mereka yang berbentuk sebuah istana indah.
Majlis berkenaan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga mempelai, rakan media, rakan artis dan teman rapat.
Khas buat peminat mereka, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.