24 April Ini Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Seluruh Negara

Trending

24 April Ini Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Seluruh Negara

sultan-muhamad-v

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement

Bagaimanapun, katanya bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri yang berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

24-april-cuti-kelepasan-am

Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara

Selain itu dua acara lain akan turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...