231 Bayi Di Terengganu Tidak Divaksin Sepanjang 2018

Trending

231 Bayi Di Terengganu Tidak Divaksin Sepanjang 2018

Dakyah kumpulan antivaksin nampaknya semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Terbaru, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh, sejumlah 231 bayi di Terengganu yang dilahirkan pada 2018 tidak mendapatkan suntikan vaksin. Untuk makluman, jumlah kelahiran bayi di Terengganu untuk tahun tersebut ialah sebanyak 25,000.  Ini bermakna angka bayi tidak bervaksin hampir mencecah 1%.

vaksin bayi terengganu

Advertisement

Menurut Dr Mohd Jusoh, jumlah itu mencatat sedikit peningkatan berbanding 191 bayi tidak disuntik vaksin pada tahun 2017.

Daripada 231 bayi itu, 228 adalah berbangsa Melayu dan kebanyakan ibu yang menolak suntikan vaksin ini ialah suri rumah iaitu seramai 158 orang.

Jumlah ini dikesan kerana mereka hadir ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat pemeriksaan biasa seperti menimbang berat bayi, mengukur ketinggian atau perkembangan semasa bayi, malangnya mereka menolak untuk bayi disuntik vaksin,” katanya kepada sumber selepas melancarkan sambutan Hari Kesedaran Kanser peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai bayi yang tidak menerima suntikan vaksin di Terengganu kerana data yang diperoleh hanya daripada ibu bapa yang datang ke klinik kesihatan milik kerajaan sahaja.

Dr Mohd berkata walaupun jumlah ibu bapa yang menolak vaksin itu sangat kecil berbanding kelahiran purata 25,000 bayi setiap tahun di Terengganu, jabatan tetap memandang serius perkara itu.

Kebanyakan ibu bapa menolak vaksin kerana tidak yakin dengan status halal dan keselamatan vaksin sedangkan perkara itu sudah dijelaskan Kementerian Kesihatan bahawa vaksin yang digunakan adalah halal dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd berkata 3,645 penduduk Terengganu disahkan mengidap kanser dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2011.

Tiga jenis kanser utama dalam kalangan lelaki di Terengganu adalah kanser paru-paru (18.8 peratus) diikuti kanser usus (13.6 peratus) dan kanser hati (9.4 peratus) manakala bagi wanita pula, kanser payudara adalah kanser tertinggi direkodkan iaitu 27 peratus diikuti kanser usus besar (8.9 peratus) dan kanser ovari (8.8 peratus).

Jabatan menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuat saringan di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta kerana saringan awal mampu mencegah penyakit kanser,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...