Setelah tujuh tahun hidup sendiri penyanyi Atilia telah melangsungkan pernikahan pada pukul 11.00 pagi tadi dengan Adam Sofian Mazlan di Saujana Gold & Country Club.
Menurut BH Online, Atilia memberitahu bahawa pernikahan mereka dirancang sejak tiga minggu lepas disebabkan kesibukan masing-masing. Kira-kira 160 orang tetamu dalam majlis pernikahan Atilia yang diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri keluarga dan teman rapat.
Atilia memberitahu majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan hujung tahun ini dan pihak media akan dijemput membuat laporan majlis tersebut.
Set gambar pernikahan mereka diambil oleh jurugambar rasmi REDPhotography.
Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lagi 22 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.